1. Rasakan Yang Orang Lain Rasakan…
Cubalah bayangkan apabila kita marah kepada orang lain. Sekarang tukar posisi di mana anda menjadi orang yang dimarahi. Bagaimana rasanya dimarahi. Kalau marah bagi tujuan mendidik dan memotivasi mungkin ada manfaatnya, namun jika marah membabi buta tentu jelas anda tidak akan suka.
2. Tenangkan Hati Di Tempat Yang Nyaman…
Jika sedang marah alihkan perhatian anda pada sesuatu yang anda sukai dan lupakan segala yang terjadi. Tempat yang sunyi dan udaranya segar seperti taman, pantai, kebun, ruang santai, dan sebagainya mungkin tempat yang sesuai bagi anda. Jika emosi agak tertekan mungkin percutian untuk menyegarkan minda sangat diperlukankan.
3. Mencari Kesibukan Yang Disukai…
Untuk melupakan kejadian atau sesuatu yang membuat emosi marah kita memuncak kita perlukan sesuatu yang dapat melupakan perasaan amarah dengan melakukan sesuatu yang menyenangkan dan dapat membuat kita lupa akan masalah yang dihadapi. Contoh seperti mendengar muzik, bermain gitar atau alat muzik lain, membaca buku, chating, menulis artikel, menonton filem box office, dan lain-lain. Hindari perbuatan bodoh seperti merokok, mengambil dadah, dan sesuatu perkara yang dianggap merosakkan diri.
4. Melauhkan Perasaan Marah Kepada Orang Yang Dipercayai…
Menceritakan segala sesuatu yang terjadi pada diri kita mungkin sedikit sebanyak dapat membantu mengurangi beban yang ada di hati. Jangan ceritakan pada orang yang kita tidak percayai untuk mengelakkan rahsia peribadi kita disebar kepada orang lain yang kita tidak inginkan. Luahkanlah pada sahabat, suami atau isteri, ibubapa, saudara, abang dan kakak atau adik,

5. Mencari Penyebab Dan Mencari Penyelesaian…
Ketika fikiran anda mulai tenang, cubalah untuk mencari punca masalah dan bagaimana untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik. Untuk memudahkan, gunakan sehelai kertas kosong dan sebatang pena untuk menulis senarai masalah yang anda hadapi dan apa saja penyelesaian yang terbaik untuk masalah tersebut. Pilih jalan keluar terbaik dalam menyelesaikan setiap masalah yang ada. Mungkin itu semua akan dapat mengurangi beban fikiran anda.
6. Ingin Menjadi Orang Baik…
Orang baik yang sering anda lihat di kaca televisyen biasanya adalah orang yang kalau marah tetap tenang, terus mencari punca masalah, tidak menyalahi orang lain dan selalu mencari jalan penyelesaian terbaik. Pasti anda ingin dipandang orang sebagai orang yang baik. Kalau ingin jadi penjahat,maka terserah pada anda.
7. Berfikiran Rasional Sebelum Bertindak…
Sebelum marah kepada orang lain cubalah anda memikirkan dulu adakah dengan masalah tersebut anda patut memarahi orang yang membuatkan anda marah? Kadang-kadang ada orang yang suka memarahi orang lain walaupun masalah yang ditimbulkan hanyalah perkara kecil. Masalah yang kecil jangan dibesar-besarkan dan masalah yang besar jangan dikecil-kecilkan.
8. Tetapkan Tujuan, Cita-Cita Dan Impian Hidup…
Semakin banyak cita-cita dan impian hidup anda maka semakin banyak perkara yang perlu anda raih dan kejar mulai saat ini. Tetapkan impian dan matlamat hidup anda setinggi mungkin namun dapat dicapai apabila dilakukan dengan serius dan kerja keras. Hal tersebut akan membuat hal-hal kecil tidak akan menjadi penting kerana anda terlalu sibuk dengan rancangan masa depan anda. Mengikuti nafsu amarah bererti anda sengaja membazirkan waktu anda yang berharga.
9. Kawal Emosi…
Orang yang mudah marah atau bersifat panas baran akan membuatkan orang yang berada disekelilingnya tidak selesa. Hal ini sudah tentulah tidak elok. Kehidupan sosial orang tersebut akan buruk. Ikrarkan dalam diri untuk tidak mudah marah. Biarkan saja dan buat tak kisah terhadap sesuatu yang tidak penting. Tujuan hidup anda adalah yang paling penting. Anggap kemarahan yang tidak terkawal adalah musuh besar anda dan jika perlu mintalah bantuan orang lain untuk mengatasinya.
10. Jangan Mudah Terpancing…
Untuk mereda amarah orang lain sebaiknya kita tidak ikut emosi ketika menghadapi orang yang sedang dilanda amarah agar masalah tidak menjadi semakin rumit. Cukup dengarkan apa yang ingin ia sampaikan dan jangan banyak merespon. Tenang dan jangan banyak hiraukan serta jangan ambil hati dengan apa yang orang sedang marah katakan. Cukup ambil intinya dan buang sisanya agar kita tidak ikut emosi atau menambah beban fikiran kita.
11. Meminta Maaf…
Jika kita dimarahi atas kesalahan yang tidak kita lakukan, maka teranglah secara berhemah, tetapi sekiranya benar kita yang bersalah maka susunlah jari, rendahkanlah diri untuk memohon maaf serta selesaikanlah dengan baik dan penuh kesabaran dalam mengatasi semua kemarahannya. Lawan api dengan air, jangan lawan api dengan petrol.
Tuu dia!!!, itulah tips untuk menghilangkan rasa marah. Semoga berhasil menjinakkan emosi rasa marah anda…