Welcome

my birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Selasa, 15 Mac 2011

Terbuang angin!!

Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai bertugas sebagai Urusetia di Maahad Kuala Muda bagi program Kem Anak Soleh  anjuran Negeri Kedah ketika menulis cerita ini. Semuanya berjalan lancar. 
Ahah, tujuan saya menulis kali ini adalah untuk bercerita satu cerita yang telahpun dikongsi bersama dengan anak buah saya.

Ceritanya berbunyi begini :


"Aku" di dalam cerita ini adalah kawan saya, Jamal. Katanya...
Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. aku pun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. aku pun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk ke rumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.

Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh legarasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur kemuruk sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...

PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!!

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak cover malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'

Isnin, 7 Mac 2011

ISLAM IS THE TRUTH

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat di pastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara tu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.

Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.

Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan

Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallahilahaillallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduannamuhammadarrasullullah). "

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. "

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong tu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi amba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.

Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!

Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.

Sungguh besar keagungan Allah... walau dengan cara apa sekalipun Islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

Sabtu, 5 Mac 2011

THE CAMPING TRIP


Pada bulan Disember 2011 yang lalu, pelajar-pelajar Tingkatan 5 Ekonomi dari Maktab Mahmud Kuala Muda telah mengadakan satu perkhemahan di Teluk Senangin, Perak. Mereka pergi kesana setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Perkhemahan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar ini atas jasa baik mereka selama 5 tahun. Met Din, Faiz, dan Idham sangat gembira dengan perkhemahan ini kerana mereka telah merancang sesuatu awal-awal lagi. Mereka telah berkumpul dirumah Faiz sehari sebelum perkhemahan tersebut.

“Ahah, dengar elok-elok plan aku,” kata Met Din. “Apa kata malam first kat Teluk Senangin tu, Faiz, hang jadi hantu. Aku dah beli topeng hantu ni. Kita ronda-ronda keliling chalet tu sambil pakai topeng ni. Kita takutkan girls. Mesti mereka menjerit gila-gila. Paling syok bila mereka bagitau kat Ustaz Hilmi. Feeling giler.”

“Tapi, hang tak takut ka bila Ustaz Hilmi siasat nanti?” kata Idham, gelabah.

“Ish hang ni. Takkan hang tak ingat kali terakhir kita buat kerja ni? Kita menyorok belakang almari kat asrama malam tu, pastu kita mengilai ramai-ramai. Pucat muka ustaz tu, macam muka orang mati,” gelak Faiz. “Tapi aku rasa baik kita bertiga yang buat kerja ni, baru gempak.”

“Yeah, fantastic idea.”kata Idham. “Kalau ada orang yang nak tunjuk berani, hangpa dua boleh gempaq depa pulak.”

“Ok, setuju!!! Ingat, biar pecah diperut, jangan pecah dimulut.”

Pada hari berikutnya, mereka berkumpul di dataran sekolah, beratur, sebelum menaiki bas. Ustaz Hilmi, guru pembimbing perkhemahan ini, tiba di sekolah tepat pukul 7.30 pagi.

Kami ke Teluk Bayu sebelum berhenti di chalet Teluk Senangin. Ustaz Hilmi mengasingkan kami dalam dua kumpulan, boys and girls sebelum mendaftar di Chalet Pak Kamal. Pak Kamal membawa kami berjalan-jalan keliling chalet lalu menunjukkan kami bilik masing-masing.

Pada tengah hari itu, kami makan kari kepala ikan sebagai makan tengah hari. Ustaz Hilmi telah membawa kawannya yaitu seorang chef yang bekerja disebuah hotel terkemuka di Langkawi. Selepas makan, kami diberi kebenaran untuk bersiar-siar di tepi pantai.

Malam pun tiba. Met Din, Faiz dan Idham telah bersiap siaga dengan kostum baru mereka itu. Tepat jam 12 tengah malam, mereka menyelinap masuk ke bilik bernombor 703, yaitu bilik yang menempatkan pelajar perempuan.


“Ooooouu… Oooouu,”
Maisarah, Akrimi dan Izian terjaga. “Bunyi apa tu?” tanya Maisarah panic. “Erm, tersalah dengar mungkin. Jom sambung tidur balik,” kata Akrimi dan Izian, serentak. Maisarah semakin takut lalu segera turun dari katil. Tanpa melengahkan masa, dia berlari  ke pintu dengan niat hendak memberitahu Ustaz Hilmi perkara tadi. Idham, dalam pakaian kostumnya, terjun dari almari dan berhenti betul-betul 2 meter di hadapan Maisarah. Maisarah menjerit sekuat hati tetapi suaranya terlekat di kerongkong lalu terus menangis sekuat hati. Idham, tanpa menangguh walau seminit, berlari sepantas kilat meninggalkan bilik itu.

Berita kejadian semalam menjadi buah mulut penghuni chalet pagi itu. Ada yang simpati malahan tidak kurang juga yang ketawa. Maisarah masih trauma dengan kejadian itu lalu dihantar balik kerumahnya.

Pada malam kedua, Met Din, Faiz dan Idham bekerjasama untuk menjayakan rancangan mereka. Seperti malam semalam, mereka bersiap siaga tepat jam 12 tengah malam. Kali ini, mereka akan ke bilik lain pula. Bilik bernombor 701 menjadi pilihan mereka. Mereka bertiga masuk dengan berhati-hati. Tiba-tiba, “aduh, apa pula ni? Takkan batu pun mereka letak dalam bilik tidur?” sungut Met Din apabila kakinya tersepak sesuatu. Faiz menyalakan lampu suluh kerana suasana dalam bilik itu amat menyeramkan. Dumm… pintu bilik tertutup secara tiba-tiba. Kemudian, suara perempuan mengilai pula kedengaran. Agak seram ketika itu. Lampu suluh yang dibawa Faiz tidak dapat menyala dengan baik. Dalam suasana suram bersuluhkan cahaya lilin yang dibawa Met Din berjaya membuka penglihatan mereka bertiga. Mereka berada dalam kawasan kubur. Sesuatu berpakaian putih melintas dihadapan mereka. Idham cuba untuk membuka pintu tetapi bagaikan dikunci. Apa yang terjadi kepada mereka selepas itu? Tanyalah mereka sendiri…

p/s: They are student of MM Kuala Muda, Kedah.