Welcome

my birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Khamis, 20 Oktober 2011

Tips Untuk Hilangkan Marah!!


1. Rasakan Yang Orang Lain Rasakan…
Cubalah bayangkan apabila kita marah kepada orang lain. Sekarang tukar posisi di mana anda menjadi orang yang dimarahi. Bagaimana rasanya dimarahi. Kalau marah bagi tujuan mendidik dan memotivasi mungkin ada manfaatnya, namun jika marah membabi buta tentu jelas anda tidak akan suka.

2. Tenangkan Hati Di Tempat Yang Nyaman…
Jika sedang marah alihkan perhatian anda pada sesuatu yang anda sukai dan lupakan segala yang terjadi. Tempat yang sunyi dan udaranya segar seperti taman, pantai, kebun, ruang santai, dan sebagainya mungkin tempat yang sesuai bagi anda. Jika emosi agak tertekan mungkin percutian untuk menyegarkan minda sangat diperlukankan.

3. Mencari Kesibukan Yang Disukai…
Untuk melupakan kejadian atau sesuatu yang membuat emosi marah kita memuncak kita perlukan sesuatu yang dapat melupakan perasaan amarah dengan melakukan sesuatu yang menyenangkan dan dapat membuat kita lupa akan masalah yang dihadapi. Contoh seperti mendengar muzik, bermain gitar atau alat muzik lain, membaca buku, chating, menulis artikel, menonton filem box office, dan lain-lain. Hindari perbuatan bodoh seperti merokok, mengambil dadah, dan sesuatu perkara yang dianggap merosakkan diri.

4. Melauhkan Perasaan Marah Kepada Orang Yang Dipercayai…
Menceritakan segala sesuatu yang terjadi pada diri kita mungkin sedikit sebanyak dapat membantu mengurangi beban yang ada di hati. Jangan ceritakan pada orang yang kita tidak percayai untuk mengelakkan rahsia peribadi kita disebar kepada orang lain yang kita tidak inginkan. Luahkanlah pada sahabat, suami atau isteri, ibubapa, saudara, abang dan kakak atau adik,

5. Mencari Penyebab Dan Mencari Penyelesaian…
Ketika fikiran anda mulai tenang, cubalah untuk mencari punca masalah dan bagaimana untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik. Untuk memudahkan, gunakan sehelai kertas kosong dan sebatang pena untuk menulis senarai masalah yang anda hadapi dan apa saja penyelesaian yang terbaik untuk masalah tersebut. Pilih jalan keluar terbaik dalam menyelesaikan setiap masalah yang ada. Mungkin itu semua akan dapat mengurangi beban fikiran anda.

6. Ingin Menjadi Orang Baik…
Orang baik yang sering anda lihat di kaca televisyen biasanya adalah orang yang kalau marah tetap tenang, terus mencari punca masalah, tidak menyalahi orang lain dan selalu mencari jalan penyelesaian terbaik. Pasti anda ingin dipandang orang sebagai orang yang baik. Kalau ingin jadi penjahat,maka terserah pada anda.


7. Berfikiran Rasional Sebelum Bertindak…
Sebelum marah kepada orang lain cubalah anda memikirkan dulu adakah dengan masalah tersebut anda patut memarahi orang yang membuatkan anda marah? Kadang-kadang ada orang yang suka memarahi orang lain walaupun masalah yang ditimbulkan hanyalah perkara kecil. Masalah yang kecil jangan dibesar-besarkan dan masalah yang besar jangan dikecil-kecilkan.

8. Tetapkan Tujuan, Cita-Cita Dan Impian Hidup…
Semakin banyak cita-cita dan impian hidup anda maka semakin banyak perkara yang perlu anda raih dan kejar mulai saat ini. Tetapkan impian dan matlamat hidup anda setinggi mungkin namun dapat dicapai apabila dilakukan dengan serius dan kerja keras. Hal tersebut akan membuat hal-hal kecil tidak akan menjadi penting kerana anda terlalu sibuk dengan rancangan masa depan anda. Mengikuti nafsu amarah bererti anda sengaja membazirkan waktu anda yang berharga.


9. Kawal Emosi…
Orang yang mudah marah atau bersifat panas baran akan membuatkan orang yang berada disekelilingnya tidak selesa. Hal ini sudah tentulah tidak elok.  Kehidupan sosial orang tersebut akan buruk. Ikrarkan dalam diri untuk tidak mudah marah. Biarkan saja dan buat tak kisah terhadap sesuatu yang tidak penting. Tujuan hidup anda adalah yang paling penting. Anggap kemarahan yang tidak terkawal adalah musuh besar anda dan jika perlu mintalah bantuan orang lain untuk mengatasinya.

10. Jangan Mudah Terpancing…
Untuk mereda amarah orang lain sebaiknya kita tidak ikut emosi ketika menghadapi orang yang sedang dilanda amarah agar masalah tidak menjadi semakin rumit. Cukup dengarkan apa yang ingin ia sampaikan dan jangan banyak merespon. Tenang dan jangan banyak hiraukan serta jangan ambil hati dengan apa yang orang sedang marah katakan. Cukup ambil intinya dan buang sisanya agar kita tidak ikut emosi atau menambah beban fikiran kita.

11. Meminta Maaf…
Jika kita dimarahi atas kesalahan yang tidak kita lakukan, maka teranglah secara berhemah, tetapi sekiranya benar kita yang bersalah maka susunlah jari, rendahkanlah diri untuk memohon maaf serta selesaikanlah dengan baik dan penuh kesabaran dalam mengatasi semua kemarahannya. Lawan api dengan air, jangan lawan api dengan petrol.

Tuu dia!!!, itulah tips untuk menghilangkan rasa marah. Semoga berhasil menjinakkan emosi rasa marah anda…

Jumaat, 19 Ogos 2011

Ibu dan Pasanganku





Bila seronok, aku cari. ...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah kepada sahabat- sahabat anda.

Rabu, 8 Jun 2011

Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...

12: Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.

11: Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10: Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9: Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8: Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6: Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5: Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4: Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3: Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2: Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1: Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

BUATLAH HAJAT KAMU SEKARANG. KAMU TAU APA YANG KAMU PALING INGINKAN.....

Manusia, Malaikat n Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)

Selasa, 7 Jun 2011

Cinta vs Cita-cita...

Cinta dan cita-cita
Yang mana nak dikejar dulu???
Cinta itu maksudnya kasih dan sayang…
boleh bawa bahagia
dan buat si pencinta gila bayang…
Cita-cita pula keinginan dalam fikiran…
boleh bawa kesenangan dalam kehidupan…
TAPI ...
yang mana satu dulu yang nak dicapai???

Cinta macam racun di tangan kiri!!
Cita-cita bagai madu di tangan kanan!!
Dan  jika kedua duanya dicmpur,
Neutralkah mereka???
Yang bercambah sekarang cinta monyet...
Yang bersepah kini cita-cita kosong..
Ahhh...bagai berada dalam dilemma!!

Remaja kita berpendapat
Kedua duanya perlu…
TETAPI
yang ironiknya
Jika cinta itu lebih Berjaya daripada cita2
Tak lulus periksa pun tak mengapa?

Cinta vs cita-cita
Sepatutnya....
Bercinta dengan cita-cita untuk BERJAYA!!!
Tak gitu ???????