Pada bulan Disember 2011 yang lalu, pelajar-pelajar Tingkatan 5 Ekonomi dari Maktab Mahmud Kuala Muda telah mengadakan satu perkhemahan di Teluk Senangin, Perak. Mereka pergi kesana setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Perkhemahan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar ini atas jasa baik mereka selama 5 tahun. Met Din, Faiz, dan Idham sangat gembira dengan perkhemahan ini kerana mereka telah merancang sesuatu awal-awal lagi. Mereka telah berkumpul dirumah Faiz sehari sebelum perkhemahan tersebut.
“Ahah, dengar elok-elok plan aku,” kata Met Din. “Apa kata malam first kat Teluk Senangin tu, Faiz, hang jadi hantu. Aku dah beli topeng hantu ni. Kita ronda-ronda keliling chalet tu sambil pakai topeng ni. Kita takutkan girls. Mesti mereka menjerit gila-gila. Paling syok bila mereka bagitau kat Ustaz Hilmi. Feeling giler.”
“Tapi, hang tak takut ka bila Ustaz Hilmi siasat nanti?” kata Idham, gelabah.
“Ish hang ni. Takkan hang tak ingat kali terakhir kita buat kerja ni? Kita menyorok belakang almari kat asrama malam tu, pastu kita mengilai ramai-ramai. Pucat muka ustaz tu, macam muka orang mati,” gelak Faiz. “Tapi aku rasa baik kita bertiga yang buat kerja ni, baru gempak.”
“Yeah, fantastic idea.”kata Idham. “Kalau ada orang yang nak tunjuk berani, hangpa dua boleh gempaq depa pulak.”
“Ok, setuju!!! Ingat, biar pecah diperut, jangan pecah dimulut.”
Pada hari berikutnya, mereka berkumpul di dataran sekolah, beratur, sebelum menaiki bas. Ustaz Hilmi, guru pembimbing perkhemahan ini, tiba di sekolah tepat pukul 7.30 pagi.
Kami ke Teluk Bayu sebelum berhenti di chalet Teluk Senangin. Ustaz Hilmi mengasingkan kami dalam dua kumpulan, boys and girls sebelum mendaftar di Chalet Pak Kamal. Pak Kamal membawa kami berjalan-jalan keliling chalet lalu menunjukkan kami bilik masing-masing.
Pada tengah hari itu, kami makan kari kepala ikan sebagai makan tengah hari. Ustaz Hilmi telah membawa kawannya yaitu seorang chef yang bekerja disebuah hotel terkemuka di Langkawi. Selepas makan, kami diberi kebenaran untuk bersiar-siar di tepi pantai.
Malam pun tiba. Met Din, Faiz dan Idham telah bersiap siaga dengan kostum baru mereka itu. Tepat jam 12 tengah malam, mereka menyelinap masuk ke bilik bernombor 703, yaitu bilik yang menempatkan pelajar perempuan.
“Ooooouu… Oooouu,”
Maisarah, Akrimi dan Izian terjaga. “Bunyi apa tu?” tanya Maisarah panic. “Erm, tersalah dengar mungkin. Jom sambung tidur balik,” kata Akrimi dan Izian, serentak. Maisarah semakin takut lalu segera turun dari katil. Tanpa melengahkan masa, dia berlari ke pintu dengan niat hendak memberitahu Ustaz Hilmi perkara tadi. Idham, dalam pakaian kostumnya, terjun dari almari dan berhenti betul-betul 2 meter di hadapan Maisarah. Maisarah menjerit sekuat hati tetapi suaranya terlekat di kerongkong lalu terus menangis sekuat hati. Idham, tanpa menangguh walau seminit, berlari sepantas kilat meninggalkan bilik itu.
Berita kejadian semalam menjadi buah mulut penghuni chalet pagi itu. Ada yang simpati malahan tidak kurang juga yang ketawa. Maisarah masih trauma dengan kejadian itu lalu dihantar balik kerumahnya.
Pada malam kedua, Met Din, Faiz dan Idham bekerjasama untuk menjayakan rancangan mereka. Seperti malam semalam, mereka bersiap siaga tepat jam 12 tengah malam. Kali ini, mereka akan ke bilik lain pula. Bilik bernombor 701 menjadi pilihan mereka. Mereka bertiga masuk dengan berhati-hati. Tiba-tiba, “aduh, apa pula ni? Takkan batu pun mereka letak dalam bilik tidur?” sungut Met Din apabila kakinya tersepak sesuatu. Faiz menyalakan lampu suluh kerana suasana dalam bilik itu amat menyeramkan. Dumm… pintu bilik tertutup secara tiba-tiba. Kemudian, suara perempuan mengilai pula kedengaran. Agak seram ketika itu. Lampu suluh yang dibawa Faiz tidak dapat menyala dengan baik. Dalam suasana suram bersuluhkan cahaya lilin yang dibawa Met Din berjaya membuka penglihatan mereka bertiga. Mereka berada dalam kawasan kubur. Sesuatu berpakaian putih melintas dihadapan mereka. Idham cuba untuk membuka pintu tetapi bagaikan dikunci. Apa yang terjadi kepada mereka selepas itu? Tanyalah mereka sendiri…
p/s: They are student of MM Kuala Muda, Kedah.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan